Perniagaan
Orang Kampung telah ditubuhkan pada 14hb Mei 1994. Penubuhan
ini adalah hasil usaha gigih Datuk Manggar Haniff (D.M.S.M,
D.S.M) selaku pemilik dan Pengerusi Eksekutif Orang Kampung
bersama-sama kakitangan syarikat. Kumpulan Syarikat Orang Kampung
bersedia bersaing dipasaran tempatan dan luar. Sehingga kini, beberapa
kategori perniagaan di bawah nama Orang Kampung telah ditubuhkan
iaitu perniagaan yang berorentasikan perkilangan, pemasaran, kejuruteraan
dan pembangunan hartanah.
Bermula
dengan Kilang berkonsepkan industri kecil di Umbai, Melaka, kini
kilang berasaskan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Teh
telah berjaya dibina di Kawasan Perindustrian Merlimau, Melaka.
Pemilik serta Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Orang Kampung,
Datuk Manggar Haniff (DSM, DMSM) adalah pengasas
utama produk keluaran syarikat yang semakin mendapat perhatian pelbagai
pihak.
|