Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia Jack ialah herba yang biasa di dapati di hutan belantara nusantara berdekatan lereng pergunungan. Pokok ini dikenali sebagai penawar pahit kerana ianya pahit dan mujarab untuk berbagai masalah kesihatan dan penyakit. Ianya juga dikenali sebagai pasak bumi kerana akarnya yang berjalar dan kukuh. Namanya yang dikaitkan dengan lelaki tampan dan berdarah pahlawan sememangnya memberi maksud namanya yang tersirat, iaitu kesihatan dan semangat kelelakian.   Ia mengandungi berbagai alkaloid yang mujarab sebagai penawar untuk demam kura (Malaria), penyakit alahan (allergy), mencegah demam, mengandungi elemen nyah kanser, antioxidant anti rheumatik (mengurangkan kesakitan otot dan sendi akibat rheumatik, aphrodisiac atau ubat perangsang syahwat dan ubat melewatkan proses penuaan. Oleh kerana ianya pahit, kadangkala ia digunakan sebagai bahan perisa untuk kopi dan minuman lain.    Serbuk atau kikisan akar Tongkat Ali biasa digunakan sebagai campuran dalam teh atau kopi dan minuman ini biasa diamalkan oleh orang Nusantara dan Melayu untuk tenaga, keselesaan dan kesegaran. Kajian kepada binatang menunjukkan yang ekstrak larutan air Tongkat Ali yang mengandungi elemen glycoprotein dapat meningkatkan hormon Testosterone 4 kali ganda dan perkara ini juga berlaku kepada manusia, mengikut kajian kepada manusia. Wanita juga boleh makan Tongkat Ali untuk tenaga dan mengurangkan alahan dan kesakitan rheumatik. Jadi minuman yang mengandungi ekstrak larutan air Tongkat Ali boleh diminum oleh lelaki dan wanita baik tua dan muda dan tidak memudaratkan kesihatan.  

Keterangan

Tumbuhan renek ini boleh mencapai ketinggian hingga 10Meter dan selalunya tumbuhan dalam hutan tanah rendah selalunya ketinggian dibawah 1200M dari aras laut.Tumbuhan ini tumbuh menegak dan selalunya tidak bercabang. Daunnya rimbun pada hujung batang.Penduduk tempatan beranggapan bahawa seluruh pokok ini mempunyai ciri-ciri perubatan.Di Malaysia Tongkat Ali sebenarnya adalah tumbuhan terlindung yang sepatutnya tidak boleh diambil walaupun tumbuh liar.

 

Kegunaan

Kegunaan tongkat ali bertumpu pada ciri-ciri afrodisiaknya. Antara kandungan aktif dalam Tongkat Alili ialah alkaloid, saponins, quassinoids, erycomanone dan eurycomalactone.phyto compounds yang terdapat dalam Tongkat Ali dapat membantu merangsangkan pengeluaran hormon testosterone bagi lelaki.Untuk mendapatkan ekstraknya dua cara yang biasa digunakan ialah dengan merebus lama akarnya ataupun dengan cara mengisar akarnya hingga menjadi serbuk dan dijadikan pil atau kapsul ataupun dijadikan campuran dalam minuman kopi dan teh.Kesan pengambilan Ttongkat Ali terhadap libido seks telah dikaji terhadap tikus dan didapati ianya dapat meningkatkan kekerapan seksual tikus tersebut.selain daripada itu tumbuhan ini jaga dapat merawat masalah sengal-sengal tulang, gatal-gatal, demam kuning , ederma,cirit-birit, masalah penghadaman, sakit pinggang dan disentri.

© 2004-2007 All Rights Reserved. Orang Kampung Group of Companies
For feedback and comments, please send email to :webmaster