Keterangan Pegaga atau nama saintifiknya centella
asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan
menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan
sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi.
Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia
dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar
dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak
lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya,
pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat
gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah
tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi
kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan
selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak
dan dijadikan kerabu. Kegunaan Pegaga pernah
dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan
dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan
tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO
telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan
dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan
tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan
menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan
ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina
lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan
untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai
bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di
timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan
yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan
pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan
menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan
bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki
terasa berat dan kebas.
|