Keterangan
Kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari Famili
Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang
berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada
ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak
dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar (pecahan akar).
Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup
dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak
menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah:Labisia
pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.KegunaanKacip
Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan
proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas
bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan
rahim dan melangsingkan badan.
Kacip Fatimah juga dikatakan dapat
merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan
dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut
ketika haid.Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan
tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan
untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok
termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air (sebaik-baiknya periuk tanah)
dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit
buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan.
Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism),
gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu
tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan
kandungan kimia di dalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci
untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk
dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan. |