Buah
Mengkudu atau nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia telah digunakan
oleh penduduk Polinesia dan kepulauan Carrabien dalam mengubati
pelbagai penyakit dan untuk menyihatkan badan. Di Malaysia, penggunaan
mengkudu agak terbatas dan dipandang remeh. Kajian secara saintifik
lebih 40 tahun telah dijalankan oleh Dr. R.M Heineike.
Buah mengkudu telah dijadikan dalam bentuk jus
untuk memudahkanpenggunaannya dan juga untuk menghilangkan rasa
busuk. Spesis mengkudu adalah antara spesimen yang banyak tersebar.
Antara faktornya ialah sifat daya tahan biji benihnya yang berupaya
terapung untuk tempoh masa yang lama. Pepohon mengkudu boleh mencapai
ketinggian sehingga 35 kaki atau 10 meter tinggi dengan bebunga
putih. Dengan sifatnya yang istimewa, iaitu berbunga sepanjang tahun,
dapat menghasilkan buah yang silih berganti. Amalan Tradisi Semenjak
dahulu lagi, khasiat mengkudu telah diketahui oleh masyarakat tempatan.
Malangnya, kegunaannya terhad kepada ulam dan kerabu walaupun sesetengahnya
mengambil bahagian daunnya untuk kegunaan selepas bersalin, atau
lebih tepat lagi sebagai awet muda.
Kajian Saintifik
Buah mengkudu mengandungi 12 kandungan penting
seperti proxironine, asid kaproid, asid kaprilik, minyak penting,
B-D-glucopiranose pentaacetate-2, asperuloside tetra acetate, glucose,
Asid ascorbik(vitamin C) dan damnacanthol. Beberapa jenis kandungan
ini boleh bertindak sebagai anti-bakteri melawan Escherichia coli,
Salmonrlla typhi, Shigella paradysenteriac dan Staphylococcuss aureus.
Buah mengkudu boleh memulihkan sistem penghadaman dan ini dapat
membantu dalam memulihkan penyakit "hemorrhoidsm", hidung
tersumbat dan "cerebral hemorrhage". Ia dapat juga membantu
untuk meredakan "embolishsm" dan membantu untuk melancarkan
aliran darah yang mugkin disebabkan ketulan-ketulan darah(ketulan
darah ini terdapat dalam saluran darah dan mengurangkan perjalanan
darah). Mengkudu juga bertindak sebagai" anti-oxidant"
yang sangat baik. Kandungan yang paling penting dalam buah mengkudu
adalah proxeronine. Proxeronine ini akan membentuk Xeronine apabila
dimakan dan Xeronine ini boleh membaiki sel-sel yang rosak dan mengaktifkan
sel-sel yang lemah. Salah satu unsur penting dalam mengudu ialah
Damnacanthol yang boleh bertindak sebagai anti-virus dan anti-tumor
yang boleh bertindak keatas beberapa jenis barah paru-paru. Beberapa
kajian klinikal menunujukan mengkudu dapat menolong masalah penyakit
buah pinggang yang teruk. Ia juga menunjukkan sifat "anti-inflammatory"
yang boleh membantu dalam merawat "arthritis". Dalam percubaan
keatas tikus, berat badan, kesuburan sel darah putih dan kekuatan
berenang bertambah setelah diberi jus mengkudu. Secara umunnya,
buah mengkudu boleh membantu dalam penyakit dibawah. Semua penyakit-penyakit
yang dicadangkan disini mungkin tidak memberi kesan yang sama:-
Tekanan Darah tinggi
Barah
Penyakit Jantung
Kencing Manis
Masalah Seksual
Lemah badan
Berat badan berlebihan(Kegemukan)
Masalah buah pinggang
Fikiran serabut
Alahan seperti alahan daripada makan udang dan ketam
Arthiritis
Masalah penghadaman
Angin Ahmar
Masalah tidur
Ketagihan merokok
Masalah Penafasan
Kurang Tenaga
Batuk
Cacing
Gout
Asma
Resdong
Gastrik
Tumor
Luka Kecil
Kelimumur
Kebengkakan
Keracunan Makanan
KEAJAIBAN BUAH MENGKUDU
Bijinya digunakan sebagai julap Tidak banyak kegunaan
pokok mengkudu kepada masyarakat negara ini melainkan daun dan buahnya
yang kadangkala digunakan sebagai ulam dan kerabu. Dalam beberapa
ketika pula daun mengkudu dijadikan bahan ubatan traditional sebagai
meniru amalan perubatan masyarakat dahulu kala. Mengkudu atau nama
saintifiknya morinda citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai
ramuan ubatan hingga digelar sebagai ratu tumbuhan. Khasiat buah
mengkudu boleh meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, arthritis,
ulser, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi hempedu serta
urat saraf. Demikian menurut pegawai penyelidik Bahagian Tumbuhan
Ubatan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Mohd
Ilham Adenan. Selain itu buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat
pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit),
antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta
kulat. Dikalangan masyarakat kepulauan Hawaii, buah mengkudu dianggap
sebagai the magic fruit atau buah ajaib kerana nilai perubatannya
yang tinggi. Sebenarnya buah mengkudu atau noni (nama tempatan di
Hawaii) telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu
bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu. Seluruh
bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang
tersendiri.Biji mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai julap.Daunnya
dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit
dan radang kulit. "Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat
sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit." Sementara
itu menurut Dr. Ilham; penyelidikan yang sedang dijalankan di FRIM
mendapati pucuk mengkudu mempunyai bahan kimia yang amat berguna
untuk menghalang proses penuaan. Batang mengkudu pula boleh digunakan
untuk mengurangkan tekanan darah sementara ekstrak daripada buah
mengkudu pula dipercayai boleh menyembuhkan sakit mata. "Khasiatnya
yang tersendiri tidak mustahil setanding dengan tongkat ali.."
Dr. Ilham. Bagaimanapun pokok mengkudu yang boleh ditemui dengan
banyak di Asia Tenggara, Australia, New Zealand, India, Carribean
dan Tahiti mempunyai nama yang berbeza. Misalnya di Kepulauan Carribean,
mengkudu dipanggil pain killer tree (pokok penahan kesakitan) kerana
kegunaannya yang meluas untuk meredakan kesakitan akibat bengkak,
terseliuh, patah tulang, demam dan pelbagai lagi. Manakala di Asia
Tenggara, pokok yang dipanggil nhau itu digunakan untuk mengubati
sakit tekak serta penyakit mulut dan gusi. Masyarakat di Filipina
pula percaya buah mengkudu bertindak membersihkan usus terutamanya
menghindari perut dari parasit.
Masyarakat Melayu samada di Malaysia atau Indonesia
pula biasanya menggunakan buah mengkudu untuk mengurang gangguan
semasa kencing, diabetis, batuk, senggugut dan pendarahan. "Masyarakat
Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii"
"Walaupun pokok mengkudu tumbuh liar dikawasan kampung tetapi
penggunaannya sebagai bahan perubatan traditional semakin dilupakan."
"Hanya daunnya saja digunakan bagi merawat wanita lepas bersalin,
manakala pucuknya pula dimakan sebagai ulam" kata Dr. Ilham.
Walaupun mengkudu terdapat banyak disini, masyarakat Malaysia memandang
remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii telah mula membuat
kajian mengenainya sehinggakan buah itu telah dikomersialkan sejak
1993.
Produk yang berasaskan buah mengkudu telah mula
dipasarkan di Hawaii dalam bentuk tablet dan jus sebagai makanan
kesihatan. Menurut Dr. Ilham lagi, mengikut pengamal perubatan traditional
terutamanya di Hawaii, amalan meminum jus mengkudu amat baik untuk
kesihatan. "Jus itu biasanya diminum sebagai tonik ketika berehat
atau selepas bangun tidur terutamanya sebelum menikmati sarapan
pagi" katanya. Bagaimanapun menurut Dr. Ilham, walaupun jus
mengkudu berkhasiat tetapi tidak ramai yang sanggup meminumnya kerana
bau yang tidak menyenangkan. Oleh itu bagi tujuan kommersial, pengusaha
jus mengkudu menambahkan dengan pelbagai perasa seperti strawberi
atau anggur untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan itu.
Di samping itu satu lagi cara menghilangkan bau adalah dengan mengeringkan
jus itu sehingga menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul.
Walaupun hanya beberapa tahun dikomersialkan, keajaiban buah mengkudu
telah terserlah ketika Perang Dunia Kedua lagi. Tentera yang berada
di Kepulauan Polynesia diberikan mengkudu oleh penduduk tempatan
untuk menghindari rasa letih. Sementara di Kepulauan Ratatonga,
Samoa dan Fiji, buah mengkudu telah menjadi makanan ruji masyarakat
di sana. Mereka memakannya sama ada mentah atau dibuat gulai. Manakala
masyarakat Burma pula gemar memasak gulai buah yang masih muda dan
buah yang telah masak akan dimakan mentah bersama garam. Memandangkan
pokok mengkudu mempunyai khasiatnya yang tersendiri, tidak mustahil
ia akan setanding dengan tumbuhan ubatan yang akan dikomersialkan
seperti tongkat ali dan sebaginya.
Pokok Mengkudu bukanlah asing bagi kita di Malaysia.
Ia adalah tumbuhan tropika yang daunnya digunakan sebagai sayuran
atau dimakan sebagai ulam. Buahnya sekali-sekala digunakan sebagai
makanan selepas bersalin. Seringkali si pemakannya tidak mengetahui
sebab dan tujuan ia dimakan. Biasanya buah tersebut dipetik dan
diperam di atas garam atau di dalam beras dan bila sudah masak,
ia dimakan begitu sahaja. Di Indonesia buah ini juga popular digunakan
sebagai "buah rojak" serta dimakan bersama-sama kuah rojak
atau dicampur dengan buah-buahan lain sebagai rojak. Bagi penduduk
kepulauan Polynesia dan Hawaii lain pula halnya, mereka lebih mengutamakan
buahnya. Sejak lebih kurang 2000 tahun yang lalu, penduduk di kepulauan
tersebut telah menggunakan buah mengkudu sebagai ubat untuk berbagai
jenis penyakit. Kerana khasiatnya yang sungguh istimewa itu, mereka
menggelarkannya sebagai "Pain Killer", "Headache
Tree" dan "Cheesefruit". Nama saintifiknya ialah
Morinda Citrifolia dan di Hawaii dikenali sebagai Noni.
Mengkudu sebenarnya berasal dari Asia Tenggara
termasuk Malaysia melalui laut yang dihanyutkan dari satu pulau
ke satu pulau. Kepulauan Carribean terutama Tahiti adalah satu kepulauan
yang subur dengan tumbuhan mengkudu. Khasiat Buah Mengkudu diantaranya
Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol - otot jantung Gangguan
dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang,
pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid Mencegah pertumbuhan sel
kanser dan tumor Sistem pernafasan - resdung, asthma, bronkitis,
hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi
yang demam selsema Gangguan penghadaman - perut kembung, ulcer,
gastrik, cirit-beret, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan
makanan Mulut dan Tekak - radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi
Sakit tulang dan sendi - terseliuh dan gout Penyakit kulit - bisul,
luka, kurap, radang, ulser kulit Sakit puan - senggugut, gangguan
haid Menghilangkan gatal - celah kelangkang, pelipatan, ulat air
dan penyakit kulit Memulihkan kesan umum penuaan (awet muda) Menghilangkan
ketagihan dadah dan rokok Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita
Meredakan kesakitan (analgesik) Meningkatkan tenaga tubuh badan
Mengurangkan stress (tekanan) Anti-oxidant
Perhatian!
Buah mengkudu hanya membantu mengurangkan atau meredakan penyakit
di atas dan bukannya menjamin menghilangkan penyakit. Ini adalah
kerana tiada kajian saintifik ke atas semua penyakit tersebut yang
diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau mana-mana badan di dunia.
Perlu diingat, kesannya bergantung kepada tindak-balas badan setiap
individu dan lama mana ia telah menghadapi penyakitnya. Jadi, untuk
penyakit yang kronik atau sudah lama, ia mungkin mengambil masa
yang lama. Oleh itu kesabaran adalah diperlukan dengan terus menggunakannya,
insyallah
|